Program Motivasi Wanita Didakwa Ajar Urutan ‘Sulit’ Dan Onani | Oh! Tidak – Oh! Media

Program Motivasi Wanita Didakwa Ajar Urutan ‘Sulit’ Dan Onani | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Pihak polis digesa siasat program motivasi wanita yang didakwa mengandungi unsur sesat.


Tular di media sosial pendedahan mengejutkan mengenai program motivasi wanita yang didakwa menyimpang dari ajaran Islam.

Program tersebut pada asalnya didakwa dapat membantu wanita menjadi lebih romantik dan menyemarakkan lagi hubungan rumah tangga.

Dakwaan mengejutkan

Program

Namun, program diselitkan unsur mencurigakan apabila dimasukkan elemen spiritual asing, urutan sulit dan penjualan produk lucah.

Masyitah Ashari yang mendedahkan isu ini berkata, peserta diajar “13 Jampi Hati Suami” yang dikaitkan dengan chakra dan tenaga luar biasa. Ikon Cleopatra pula dijadikan simbol wanita hebat, walaupun sejarahnya penuh kontroversi.

Ada urutan “yoni” dan jualan produk lucah?

Paling mengejutkan, seorang lelaki dari Indonesia didakwa membuat “yoni massage” terhadap wanita dalam program itu.

Alat luc*h juga dijual atas alasan ‘terapi diri’ untuk wanita mencapai kepuasan diri tanpa suami. Lebih mengejutkan, Masyitah mendakwa ada peserta bercium atas pentas, suami disihir dengan bahan pelik, dan rumah tangga runtuh akibat terlalu taksub dengan program tersebut.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dari penganjur, namun desakan terhadap pihak berkuasa semakin kuat.

Program

Penyanyi rap dan aktivis kemanusian juga tampil bersuara memohon pihak berkuasa menyiasat program ini.

Pssttt! Program motivasi ini patut disiasat segera. Jangan sampai atas nama “sayangi diri sendiri,” wanita kita terjerat dalam ajaran yang menyesatkan dan merosakkan keluarga.

Kredit: The Reporter | Facebook Masyitah Ashari
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top