illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, mengarahkan projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dihenti serta-merta sehingga persekitaran pembinaan disahkan selamat.
Beliau berkata, jalan raya di sekitar projek pembinaan turut ditutup sehingga tahap keselamatan disahkan selamat oleh agensi terbabit.
Katanya, pihak pemaju sudah diarah mencari laluan alternatif memandangkan penduduk di sebuah apartmen berdekatan tidak mempunyai akses lain ke kediaman itu kecuali menggunakan jalan berkenaan.
“Kita sudah mengarahkan kerja pembinaan dihentikan kecuali operasi menyelamat yang mungkin berlarutan sehingga jam 12 tengah malam ini,” katanya kepada media selepas melawat lokasi kejadian, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




