Promosi produk dan aktiviti menarik

Promosi produk dan aktiviti menarik

PERUNCIT kegemaran rakyat Malaysia, MR DIY memperkenalkan kempen perayaan Tahun Baharu Cina yang mengetengahkan tema Ular-lar bagi meraikan Tahun Ular.

Kempen ini turut menawarkan pelbagai produk menarik, promosi hebat dan sebuah filem web yang menampilkan pelakon terkenal Hong Kong, Benz Hui.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY, Alex Goh berkata, Tahun Baharu Cina adalah masa untuk berkumpul bersama keluarga, rakan dan orang tersayang.

Katanya, filem web Family Trial menampilkan Benz Hui Shiu-Hung, lagu tema dan langkah tarian ‘Ular-lar’ yang boleh ditarikan oleh rakyat Malaysia menjadikan suasana perayaan kali ini lebih meriah untuk semua.

“MR DIY sudah menyediakan pelbagai aktiviti menarik sempena Tahun Baharu Cina di cawangan kami, sambil terus menunaikan janji Always Low Prices.

“Kami ingin menyediakan keperluan perayaan yang mampu milik dan mudah didapati oleh rakyat Malaysia serta pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dan memuaskan.

“Semua ini untuk menambah nilai dan menggembirakan orang ramai,” katanya dalam kenyataan.

Peruncit ini juga menawarkan lebih 100 barangan keperluan Tahun Baru Cina di cawangan terpilih di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ‘Ular-lar’ Tahun Baharu Cina MR DIY, layari www.mrdiy.com, platform e-dagang itu di mrdiy.com.my dan saluran media sosial di Facebook, Instagram dan TikTok.

Sementara itu, filem web terbabit berjaya mencuri perhatian rakyat Malaysia, mencatatkan lebih 11 juta tontonan di YouTube, TikTok, Facebook dan platform Xiaohongshu, hanya dalam beberapa hari selepas pelancarannya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top