Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim menolak dakwaan kononnya anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Nadim dikatakan bakal menjadi calon suaminya.
Kata Ina mengulas gosip penyebaran kad kahwinnya, dia berasa kesal dengan tuduhan tersebut sekaligus menjelaskan dirinya tiada perancangan untuk berkahwin.
“Mana ada…Propa semua tu. Nak sedap ayat bagi gempak. Kesian abang Isman kena tuduh,” katanya kepada pemberita.
Dalam pada itu, Ina atau nama penuhnya, Nordiana Mohd Naim, 40, turut mempersolakan sekiranya dia mahu berkahwin adakah lelaki yang sudi menerimanya dan anak-anaknya.
“Sanggupkah nak hadap. Nak jaga kami lima perut (anak-beranak).
“Kalau sanggup, kami empat beranak ni kuat makan,” katanya.
Terdahulu, Isman tampil memberikan respons susulan dakwaan yang mengatakan dia bakal menjadi suami kepada Ina Naim.
Artikel Berkaitan: Ina Naim Mohon Netizen Jadikan Kisah Cerai Fazura & Fattah Amin Sebagai Pengajaran
Artikel Berkaitan:Ahli Kumpulan Hijjaz Nafi Bakal Nikahi Ina Naim
Artikel Berkaitan:Kongsi Tentang Arwah Suami, Netizen Kagum Lihat Reaksi Wajah Ina Naim – “Dia Dah Reda… Tenang & Tabahnya!”
Sumber: Berita Harian




