am@hmetro.com.my
Sipitang: Penggalian semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, di sini, mengambil masa lebih satu jam sebelum selesai pada 7.31 malam tadi.
Peguam keluarga arwah, Hamid Ismail berkata, jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu bagi proses bedah siasat yang akan dijalankan pada 9 pagi esok.
“Urusan penggalian kubur berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Terima kasih atas doa anda semua.
“Hujan turun renyai-renyai sehingga kini. Doakan Zara. Doakan ibunya,” katanya ketika ditemui.
Proses penggalian kubur Allahyarham yang bermula pada jam 6.04 petang tadi dilakukan anggota polis forensik dengan disaksikan antaranya oleh ibu bapa Zara dan Majistret Zuraini Ali Musa daripada Mahkamah Majistret Sipitang.
Jenazah Allahyarham Zara sebelum ini dikebumikan pada 17 Julai lalu setelah disahkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah agama di Papar.
Penggalian semula kubur arwah Zara dilakukan selepas mendapat perintah Zuraini yang diperdengar secara Zoom di IPD Papar tengah hari tadi.
Sebelum ini, keluarga arwah meminta kubur arwah digali semula bagi membolehkan proses bedah siasat dijalankan untuk melengkapkan siasatan pihak berkuasa berhubung punca kematian pelajar terbabit.
- Mahkamah Majistret Sipitang keluarkan perintah penggalian semula kubur Zara
- Kes Zara Qairina: “Saya tiada anak bernama Farisha” – Mohd Arifin
- Ibu pelajar KV Lahad Datu yang dibunuh doa keadilan untuk Zara
- PM beri jaminan siasatan kes Zara Qairina telus, tanpa tolak ansur
- Jangan jadi hakim kes kematian Zara Qairina – Fahmi
- Ribuan hadir aksi vigil, tuntut keadilan Zara Qairina
- Jabatan Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
© New Straits Times Press (M) Bhd