PSG cari stadium baharu

PSG cari stadium baharu

Parc des Princes menjadi stadium keramat PSG hampir 50 tahun. – Foto Agensi

PARIS Saint-Germain (PSG) terpaksa melupakan Parc des Princes dan mencari gelanggang baharu setelah stadium keramat itu dilabelkan sebagai ‘bukan untuk dijual’.

Biarpun sudah hampir 50 tahun ‘berkampung’ di stadium itu, Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo memberitahu bahawa stadium tersebut ‘tidak akan dijual’ kepada kelab tersebut.

Justeru pengurusan PSG melantik Legends Hospitality sebuah konsultan dari Amerika Syarikat (AS) untuk mengkaji kemungkinan membina stadium baharu sebagai alternatif kepada Parc des Princes.

Sebagai pilihan PSG yang dimiliki jutawan Qatar mungkin menambah baik tempat perlumbaan kuda yang terletak bersebelahan Parc des Princes.

PSG sebelum ini memohon untuk membelinya bagi membina bangunan moden dan kerja pembangunan bernilai lebih 500 juta euro (RM 2.3 bilion).

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi memberitahu akhbar sukan Sepanyol, Marca bahawa PSG ‘tidak lagi dialu-alukan’ dekat Parc des Princes sambil menambah mereka perlu mencari alternatif lain.

Parc des Princes melalui sejarah yang panjang bermula upacara perasmian pada 1897 dan kemudian diubah suai pada 1972.

Bekas velodrom berkapasiti 48,000 menjadi rumah kepada PSG sejak 1974.

Legends Hospitality akan menjalankan penyelidikan bersama penasihat hartanah Kanada Colliers.