
Stadium Parc des Princes. Foto AFP
GERGASI Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) memberi bayangan bersedia meninggalkan Parc des Princes selepas Majlis Bandaraya Paris (MBP) mengesahkan stadium itu tidak akan dijual, kata presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi pada Khamis.
“Terlalu mudah untuk mengatakan sekarang bahawa stadium tersebut tidak lagi untuk dijual.
“Kami tahu apa yang kami mahu di Paris, kami membuang masa bertahun-tahun untuk mencuba dan membelinya.
“Lebih mudah untuk kami sekarang, kami tahu apa yang kelab ini mahu. Ia sudah berakhir untuk kami. Kami mahu keluar dari Parc,” kata Al-Khelaifi kepada pemberita di Kongres Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).