PSM kenal pasti pelapis baharu skuad B negara

PSM kenal pasti pelapis baharu skuad B negara

Sumali (kanan) dan Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Kedah, Muhammad Radhi Mat Din (tengah) bergambar bersama pemain terbaik Kejohanan Piala Emas Khir Johari pada Sabtu.

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) berjaya mengenal pasti 24 pemain bakat baharu berusia bawah 21 tahun pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari edisi ke-57 untuk diserap masuk ke dalam skuad Malaysia B.

Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, kejohanan yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar yang berakhir pada Sabtu mencapai sasaran dalam mengetengahkan ramai pemain baharu yang memberikan saingan sengit kepada pemain berpengalaman

Menurutnya, 24 pemain tersebut akan disenarai pendek oleh pengurusan dan jurulatih sebelum memuktamadkan 15 pemain terakhir yang akan membarisi skuad negara B.

“Setakat hari ni kita dah senaraikan nama berdasarkan prestasi yang terkini dalam masa tujuh hari penganjuran Piala Emas Khir Johari ini.

Scroll to Top