Pendakwah bebas yang juga aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), PU Rahmat berkongsi mengenai pengorbanan rakannya yang juga penyanyi Zizi Kirana dan suaminya, Yusuf Bahrin.
Menerusi perkongsian sebuah video pendek, PU Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan mendedahkan, Zizi dan Yusuf sebenarnya berhasrat untuk menyertai misi kemanusiaan tersebut.
Namun, tabungan yang dikumpul mereka tidak mencukupi dan hanya mampu menampung kos untuk seorang sahaja bagi menyertai misi berkenaan.
“Saya nak ceritalah satu benda sebenarnya Zizi dan Yusuf. Dua-dua nak pergi.
“Biar saya cerita dekat sini, mereka berdua memang nak pergi tapi duit tabungan mereka hanya mampu menampung satu orang sahaja. Jadi Yusuf terpaksa berundur. Katanya ‘Tak apa biar Zizi dulu sebab tiket flight nak beli haritu’. Bila kami dapat tahu kami kena beli tiket flight dalam masa 24 jam.
“Tiket hampir RM8,000, kami tidak bayar pakai duit sponsor tapi pakai duit sendiri. Ramai orang tanya kenapa Yusuf tak pergi? Dah RM8,000 kalau dua tiket RM16,000. Jadi mereka korbankan dan mereka sanggup,” katanya.

Dalam pada itu, PU Rahmat menegaskan tindakan mengkritik dan mengecam para sukarelawan yang terlibat adalah tidak masuk akal memandangkan kesemua mereka yang terlibat bukan sahaja sanggup berkorban harta tetapi juga meninggalkan insan tersayang.
“Tuan Musa Nuwayri, kalau dia ni anda semua cakap tak ikhlas, saya kenal dia, dia dah masuk penjara Jordan dah. Kalau dia nak famous dengan masuk penjara Isra**l. Jordan dia dah masuk pada waktu tu orang tak kenal pun siapa Musa Nuwayri. Balqis, Muaz, Haikal Zulkifli, Haikal Abdullah semua.
“Balqis, Muaz, Haikal Zulkifli, Haikal Abdullah saya kenal mereka masa pergi Mesir masuk Syria. Daripada Syria terjajah sampai Syria merdeka sekarang.
“Mereka pergi misi dalam keadaan mereka dihantar dengan sebiji kereta. Dan bila balik, mereka dijemput dengan kereta yang sama. Kereta kawan-kawan, kereta keleuarga dan harini bila satu Malaysia datang jemput mereka dekat Airport kamu semua cemburu. Kamu kata mereka ni tak ikhlas? Sedangkan kamu tengok 10 tahun lepas. Lima tahun lepas mereka satu orang pun tak ada orang peduli.
“Dan mereka balik, tak ada satu orang pun sambut dekat Airport. Tapi kali ini kamu iri hati terhadap perjuangan mereka yang pada hari ini membuahkan hasil kepada dunia,” jelasnya.
Sumber: Instagram Suria




