Pendakwah bebas yang juga suami kepada Neelofa iaitu PU Riz mendedahkan satu jenama besar pernah membatalkan kontrak jutaan ringgit kerana isterinya berniqab.
Menerusi satu video tular, dalam satu majlis PU Riz berkata syarikat penjagaan wajah dari luar negara itu bertindak membubarkan kontrak isterinya.
BACA: Neelofa Syukur Berjaya Kuasai Bahasa Arab, Baca Al-Quran Seperti Baca Buku
“Ada sebuah syarikat besar yang berasal dari Perancis menjual produk penjagaan wajah..mereka kata, ‘Neelofa sudah pakai niqab, jadi kami perlu fikirkan semula nak ambil dia atau tidak.’
“Mereka bubarkan kontrak yang nilainya jutaan ringgit. Kalau saya projek berjuta macam ini, saya akan minta mereka sambungkan semula tapi Neelofa tidak memilih begitu,” katanya.
Sementara itu, PU Riz berkata syarikat sama kemudian menawarkan semula kontrak berlipat kali ganda sehingga meminta untuk Neelofa kembali menjadi duta produk mereka.
“Selang beberapa tahun, bila Neelofa memakai niqab dan menonjolkan cara pemakaian yang trendy, orang pun beli dan memakai niqab juga.
“Ada yang mendatangi saya dalam keadaan menangis, mereka terinspirasi kerana Neelofa, lalu mereka turut memakai niqab.
“Kemudian, syarikat yang buang dia datang kembali beri tawaran berkali ganda dan jutaan ringgit berbanding dengan tawaran dahulu, mereka juga meminta dan merayu Neelofa untuk menjadi duta,” katanya.
Sumber: TikTok




