PU Syed Persoal Kelayakan ‘Coach Cerai’ Bagi Nasihat Rumah Tangga

PU Syed Persoal Kelayakan ‘Coach Cerai’ Bagi Nasihat Rumah Tangga

Oh! Artis

PU Syed persoal kelayakan ‘coach cerai’ yang dakwa boleh nilai perkahwinan dalam lima minit.


Nama ‘coach cerai’ kini tiba-tiba trending di media sosial selepas kewujudannya menimbulkan tanda tanya ramai.

Penggunaan gelaran itu, ditambah pula dengan dakwaan mampu menilai masa depan rumah tangga seseorang hanya dalam lima minit, telah membuatkan pendakwah terkenal, PU Syed tampil bersuara.

BACA: Istilah ‘Coach Cerai’ Undang Kebimbangan, Menteri Agama Tampil Bersuara

Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram, PU Syed mempertikaikan kelayakan dan fungsi sebenar individu yang menggelarkan diri sebagai coach cerai.

“Assalamualaikum coach cerai, ini profession baru?”

PU Syed membuka pertanyaannya dengan nada sinis tetapi tegas, membangkitkan persoalan tentang kewujudan profesion tersebut.

Assalamualaikum coach cerai ini profession baru, yang baru kita kenali di Malaysia ni. Rupa-rupanya bukan setakat main bola, main pingpong, takraw, badminton ada coach. Rupa-rupanya cerai pun ada coach, dia kata spend time 5 minute, boleh tahu perkahwinan tu boleh bertahan atau tidak.

Pendakwah ini turut mempertikai ‘coach cerai’ yang mendakwa mampu menilai sesebuah perkahwinan dalam masa singkat.

PU Syed tuntut penjelasan tentang kelayakan

Dalam video sama, PU Syed menyenaraikan beberapa persoalan penting yang menurutnya perlu dijawab oleh individu tersebut.

Jadi saya nak tanya kepada coach cerai, apa kelayakan awak/saudara jadi coach cerai? Apa makna coach cerai, adakah coach mengajar untuk orang bercerai atau pun macam mana? Adakah coach cerai ini seorang yang bertauliah untuk memberi nasihat dan pandangan?

PU Syed turut meminta agar individu tersebut memperkenalkan diri dan menjelaskan status sebenar profesion itu.

Pssttt! Dalam isu rumah tangga, nasihat yang salah boleh membawa padah besar. Soalan yang dibangkitkan PU Syed sangat relevan kerana melibatkan hal sensitif seperti perceraian, hak pasangan dan masa depan anak. Khidmat profesional sepatutnya datang daripada mereka yang benar-benar ahli dalam bidang agama, kaunseling atau undang-undang. Semoga isu ini membuka mata ramai tentang pentingnya memilih sumber nasihat yang betul.

Kredit: Instagram PU Syed
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top