PU Syed Tampil Bersuara Lepas Netizen ‘Petik’ Nama Keturunan | Oh! Media

PU Syed Tampil Bersuara Lepas Netizen ‘Petik’ Nama Keturunan | Oh! Media

Gelaran Syed dan Sharifah sedang hangat diperkatakan di media sosial dan perkara itu telah membuatkan pendakwah selebriti, PU Syed tampil memberikan pendapatnya.

BACADa’i Syed Dipenjara 10 Tahun Dan Tiga Sebatan, Didapati Bersalah Rogol Wanita 5 Tahun Lepas

Menerusi Instagram, PU Syed berkata yang sekiranya berlaku isu yang tidak baik membabitkan sesuatu keturunan, janganlah kita mengaitkannya.

Dalam isu penyanyi ini, beliau dipenjara asbab perbuatan yang disabitkan dan yang dia telah lakukan. Maka dia telah mula menerima hukuman. Lalu apa sebab kita nak perlekeh keturunannya pula?

Jika anak yang buat salah, adakah bapa dan datuknya juga perlu disalahkan setelah segala tunjuk ajar telah diberikan.

Perkara itu sepatutnya kita ambil sebagai pengajaran untuk lebih menjaga diri dan keluarga dengan lebih baik kata Syed lagi.

Islam mengajar kita mengeji dan membenci perbuatan dosa dan maksiat bukan membenci batang tubuh apatah lagi keturunan si pelaku maksiat.

Beliau bukan pendakwah walaupun lahir dari program dakwah. Beliau lebih aktif dalam bidang nyanyian. Maka layak dia digelar penyanyi.

Lagi satu Allah tak pandang title kita apa, namun yang dipandang adalah taqwa dan amalan kita. Selari dengan perintah Allah dan laranganNya atau sebaliknya.


Scroll to Top