PU Syed Tegur Vida Dakwa Baca Surah Al-Fill Dapat Buka Pintu Rezeki

PU Syed Tegur Vida Dakwa Baca Surah Al-Fill Dapat Buka Pintu Rezeki

Pendakwah bebas PU Syed memberi teguran terhadap perkongsian usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mengenai kelebihan surah Al-Fill yang didakwa membantu membuka pintu rezeki.

Menerusi perkongsian di Instagram, PU Seyd berkata tiada dalil yang membuktikan bahawa surah tersebut boleh menjadi penarik magnet rezeki jika diamalkan.

BACA: Gagal Bayar Pembiayaan RM15.5 Juta, Mahkamah Arah Hartanah Vida Dilelong

Sementara itu, PU Syed berkata dakwaan berkenaan boleh menimbulkan salah faham apatah lagi video itu sudah tersebar di media sosial.

“Disabitkan kalau membaca ayat itu akan dimurahkan rezeki, sebenarnya tidak ada sandaran dan dalil perkara tersebut berlaku.

“Kita risau tafsiran ayat Allah SWT di atas satu perkara yang tidak tepat, disebarkan pula, tambahan dia bukan ahli atau ulamak untuk dibahaskan ayat-ayat tertentu dalam al-Quran,” katanya,

Dalam pada itu, PU Syed turut memohon maaf kerana membuat teguran secara terbuka kerana video tersebut sudah dikongsikan oleh orang ramai.

PU Syed turut berkata amalan yang dianjurkan untuk memohon rezeki kepada Allah dengan perbanyakkan istighfar.

“Tak betul bila kalimah Rabukka dikaitkan dengan perkataan ‘Buka’. Sebenarnya salah satu kaedah untuk kita meminta kepada Allah adalah dengan beristighfar.

“Allah akan bukakan pintu rezeki insyAllah dan kita pun kena berusaha juga untuk mendapatkan sesuatu. Minta maaf sebab buat teguran yang terbuka kerana ia sudah tersebar,” katanya.


Scroll to Top