Puas pujuk anak menangis! Lelaki dakwa kapten ‘ugut’ halau keluar pesawat

Puas pujuk anak menangis! Lelaki dakwa kapten ‘ugut’ halau keluar pesawat

Seorang penumpang pesawat berkongsi pengalaman mengecewakan ketika menggunakan perkhidmatan sebuah syarikat penerbangan tambang murah bersama isteri dan anak-anak pada Rabu lalu.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Fear Dawooz berkata, insiden berlaku sepanjang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2), Sepang.

Bercerita lanjut, insiden bermula apabila isterinya Sha Pka meminta tali pinggang keselamatan (seat belt extender) bagi meriba anak bongsunya yang berusia dua tahun sebelum berlepas dalam pesawat.

Bagaimanapun, kabin kru menegaskan bahawa kanak-kanak berusia dua tahun ke atas perlu duduk di kerusi sendiri berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Difahamkan, dia dan isterinya sudah cuba pelbagai cara untuk tidak membiarkan anak perempuan mereka menangis yang boleh mengganggu ketenteraman penumpang lain namun kabin kru tetap dengan pendirian SOP penerbangan.

Situasi menjadi lebih ‘tegang’ apabila Fear Dawooz mendakwa anaknya itu diberi amaran untuk kekal duduk di kerusi sendiri ataupun boleh dibawa keluar dari pesawat.

Sebaik tiba di KLIA2, Fear Dawooz mendakwa beberapa kakitangan keselamatan menahan keluarganya dan meminta dia memadam rakaman video yang dijadikan sebagai bukti berhubung insiden terjadi di dalam pesawat.

Selepas dimuat naik sejak 14 jam lalu, hantaran tersebut menerima 10,000 tanda suka dan 6,300 komen selain dikongsi semula sebanyak 24,000 kali dalam kalangan netizen.

Sumber: Facebook Fear Dawooz