Pulangan 5% Setahun? Yes Please! MAE Bagi Hadiah Birthday Paling Power Tahun Ni!

Pulangan 5% Setahun? Yes Please! MAE Bagi Hadiah Birthday Paling Power Tahun Ni!

Kalau korang ingat sambutan birthday tu cuma untuk potong kek dan tiup lilin, nampaknya MAE by Maybank2u ada cara lain nak meraikan hari lahirnya yang ke-5 tahun ni.

Lima tahun bukan tempoh yang singkat, tapi hadiah yang MAE bagi ni memang luar biasa sebabnya kali ni korang yang diraikan, bukan MAE. Amacam? On tak on?

Sempena ulang tahunnya, MAE nak bagi peluang untuk pengguna dapat pulangan 5% setahun terus dalam MAE Wallet.

Dan dengar sini betul-betul, kadar ni antara yang paling tinggi di pasaran sekarang! Wow!

Dapat 5% Setahun Tanpa Pening Kepala

Cara dia pun senang sangat. Mulai hari ini hingga 30 November 2025, korang cuma perlu:
1. Buka atau aktifkan MAE Wallet. (Untuk makluman, MAE Wallet patuh Syariah tau).
2. Transfer minimum RM200 dari mana-mana bank atau eWallet ke dalam MAE Wallet.
3. Jangan lupa untuk masukkan kod “MAETurns5” dekat ruangan rujukan penerima ataupun Recipient Reference.

Itu saja. Lepas tu kekalkan baki yang korang transfer, korang akan layak untuk nikmati pulangan 5% setahun sehingga 31 Januari 2026. Tak payah buat apa pun, duit tu berkembang sendiri.

Korang boleh maksimumkan MAE Wallet balance korang — RM4,999, atau RM10,000 kalau ada kad MAE. Lagi awal korang transfer, lagi banyak pulangan harian korang boleh nikmati sampai 31 Januari 2026.

Transfer RM10,000 dan kekalkan baki tu sampai hujung kempen, boleh jana sehingga RM128.77. Ada lebihan duit kemudian? Tak ada masalah — korang boleh buat maksimum 3 kali pindahan antara 30 Oktober hingga 30 November 2025.

Bukan Sekadar Duit Masuk, Tapi Banyak Lagi ‘Hadiah’ Menanti

MAE memang tahu cara nak spoil pengguna dia. Bukan saja bagi pulangan tinggi, tapi siap tabur promosi lain sempena ulang tahun ni. Tak percaya? Korang baca ni.

Diskaun dengan Maybank2u Online Banking

Bila korang checkout kat Shopee, TikTok Shop, Lazada, Aplikasi Watsons atau Online Store, dan Aplikasi ZUS COFFEE guna Maybank2u Online Banking, boleh dapat diskaun sehingga RM50!

Tapi ingat, tawaran ni terhad masa jualan berganda (double-digit) atau masa jualan khas terpilih je. Siapa cepat, dia dapat!

Dapatkan Cashback dengan Scan & Pay

Kalau jenis rajin beli minuman atau makanan guna QR Pay, ni peluang korang!

Tekan “Join Now” pada bahagian Tap, Track, Win di dalam aplikasi MAE, lakukan 5 transaksi QR (minimum RM15 setiap satu), dan korang boleh dapat cashback sehingga RM15.

Kempen ni berlangsung sampai 31 Disember 2025, jadi sempat lagi nak rebut cashback ni!

Untuk Yang Baru Nak Join Maybank

Kalau belum ada akaun Maybank, ni waktu terbaik nak mula. Muat turun aplikasi MAE dan daftar MAE Wallet!

Mudah, berbaloi, dan terus boleh join semua promosi menarik ‘MAE Turns 5’ ni!

MAE Genap 5 Tahun, Tapi Korang Yang Dapat Manfaat

MAE bukan sekadar eWallet, dia dah jadi gaya hidup. Bayar bil, shopping, order kopi, simpan duit, semua boleh buat dalam satu aplikasi je.

Sekarang bila MAE cukup 5 tahun, dia tak tunggu orang bagi hadiah tapi dia sendiri yang bagi balik pada pengguna. Dari cashback, diskaun, sampai pulangan 5% setahun, semua ada.

Layari https://l1nq.com/rRGyQ.


Scroll to Top