Pulau Pinang cadang adakan sidang DUN 30 Ogos

Pulau Pinang cadang adakan sidang DUN 30 Ogos

GEORGETOWN: Pulau Pinang bercadang mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Ogos ini, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Katanya, kerajaan negeri sedang mendapatkan kebenaran untuk mengadakan persidangan itu dan pada masa sama, sentiasa memantau situasi COVID-19 di Pulau Pinang serta mengambil langkah yang diperlukan sebelum membuat sebarang keputusan lanjut.

Jika persidangan DUN itu dibenarkan, beliau berkata, ia akan dilangsungkan secara fizikal dan tidak melalui platform maya.

“Peraturan mesyuarat hanya membenarkan persidangan DUN diadakan secara fizikal, justeru kita perlu membuat persediaan yang diperlukan untuk melaksanakannya,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi persidangan DUN bertujuan mengekang penularan wabak COVID-19. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top