LONDON: Bintang Chelsea, Christian Pulisic berdepan detik cemas
ketika percutiannya apabila tergelincir selepas melakukan aksi timbangan bola di atas sebuah bot.
Pulisic, 22, ditarik naik ke atas bot selepas ‘aksi pertunjukannya tidak menjadi’ dan adegan itu membuka ruang buat orang ramai mengajuk tingkah lakunya.
Tidak kurang dengan itu, adegan timbang bola dilakukan Pulisic itu turut berlaku ketika salah seorang daripada yang berada di atas bot berjaya memancing seekor ikan besar di tepinya.
Pemain kebangsaan Amerika Syarikat (AS) yang baru memenangi Liga Negara-Negara CONCACAF itu pada mulanya dilihat tampil yakin dengan melakukan timbangannya, sebelum cuba mempamerkan aksi ‘around the world’ dan terjatuh.
Bekas pemain Borussia Dortmund itu bernasib baik, apabila rakannya yang turut berada di atas bot pantas menghulurkan bantuan dan menaikkannya semula ke atas bot.
Rakan kelabnya yang melihat adegan itu dengan Thiago Silva, Tammy Abraham dan Marcos Alonso semuanya memberikan komen dan emoji di video yang dimuatnaik di aplikasi Instagram berkenaan.
Pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho turut mengejek bekas rakan sepasukannya di Dortmund dengan menulis: “Bro, kamu banyak mainlah.”
Penyerang Caen, Nicholas Gioacchini, pertahanan Fulham, Antonee Robinson dan bintang Barcelona, Sergino Dest turut ketawa dengan aksi Pulisic di Intagram itu. – AGENSI
© New Straits Times Press (M) Bhd



