Bratislava: Puluhan penumpang cedera termasuk 11 dihantar ke hospital selepas dua kereta api bertembung di barat Slovakia, semalam.
Kerajaan mengumumkan ketika kejadian, terdapat kira-kira 800 penumpang di dalam kereta api itu, yang bergerak kira-kira 20 kilometer (12 batu) di utara ibu kota Bratislava, antara Svaty Jur dan Pezinok.
Bercakap dari lokasi kejadian, Menteri Dalam Negeri, Matus Sutaj Estok berkata, walaupun kebanyakan mangsa yang cedera hanya mengalami kecederaan ringan, 11 orang telah dibawa ke hospital di Bratislava.
Dua kereta api yang terlibat ialah kereta api ekspres Tatran antara Kosice dan Bratislava dan kereta api ekspres serantau antara Nitra dan ibu kota.
© New Straits Times Press (M) Bhd



