Pusat perinatal di Kazakhstan rekod kelahiran bayi 5.57kg

Pusat perinatal di Kazakhstan rekod kelahiran bayi 5.57kg
Pusat perinatal di Kazakhstan rekod kelahiran bayi 5.57kg

Seorang bayi lelaki seberat 5.57kg dan tinggi 62 sentimeter dilahirkan di Rudny, Wilayah Kostanay. Gambar hiasan

ASTANA (Kazakhstan) – Seorang bayi lelaki seberat 5,570 gram dengan ketinggian 62 sentimeter (sm) dilahirkan di pusat perinatal di Rudny, Wilayah Kostanay, lapor Agensi Berita Qazinform.

Bayi berkenaan dilahirkan pada 20 Mac melalui pembedahan Caesarean.

Pembedahan itu berjaya dilaksanakan oleh doktor Shugurmakov dan Shamuratov, dengan dibantu oleh jururawat Nurgaliyeva, menurut kenyataan media Hospital Pelbagai Fungsi Perbandaran Rudny.

Sejak awal 2026, tiga bayi seberat lebih lima kilogram (kg) iaitu masing-masing 5,200 gram, 5,080 gram, dan 5,570 gram telah dilahirkan di kemudahan berkenaan, yang mana kesemuanya adalah bayi lelaki.

Bayi yang dilahirkan pada 20 Mac itu kini dianggap sebagai bayi terbesar bagi tahun ini.

Antara 16 hingga 22 Mac, pusat perinatal itu menyambut kelahiran 22 bayi iaitu 13 lelaki dan sembilan perempuan.

Bayi terbesar ialah bayi lelaki seberat 5,570 gram, manakala bayi terkecil ialah bayi perempuan seberat 1,480 gram dengan ketinggian 40 sm. – Bernama-Qazinform

 

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang bayi lelaki seberat 5,570 gram dan tinggi 62 sentimeter dilahirkan di Rudny, Wilayah Kostanay
  • Bayi tersebut dilahirkan melalui pembedahan Caesarean pada 20 Mac
  • Pembedahan itu dilakukan oleh doktor Shugurmakov dan Shamuratov
  • Sejak awal tahun, tiga bayi lelaki seberat lebih lima kilogram telah dilahirkan di fasilitas tersebut
  • Bayi yang dilahirkan pada 20 Mac dianggap sebagai bayi terbesar bagi tahun ini
Scroll to Top