Pusat sehenti banteras jenayah Macau Scam ditubuh – Utusan Digital

PETALING JAYA: Sebuah pusat sehenti atau dikenali CCID Response Centre ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai inisiatif membanteras kegiatan penipuan Macau Scam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Zainuddin Yaacob berkata, objektif pusat itu sejak 15 Februari lalu bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan JSJK hal-hal berkaitan jenayah tipu panggilan.

“Pusat ini juga berfungsi sebagai penerima maklumat pertama antaranya nombor telefon, akaun bank diberikan sindiket Macau Scam atau sebarang maklumat berkaitan penipuan.

“Selain itu, membantu orang ramai mendapatkan pengesahan sama ada panggilan tersebut daripada agensi kerajaan atau panggilan penipuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pusat ini boleh dihubungi di talian 03- 26101559 dan 03-26101599.- UTUSAN ONLINE