Riyadh: Putera Arab Saudi Putera Al-Waleed, yang sering digelar sebagai ‘Putera Tidur’, berusia 36 tahun pada minggu lalu.
Beliau sudah koma selama hampir dua dekad.
Pada 18 April lalu, ketika hari keputeraannya, beberapa pengguna berkongsi doa dan mesej harapan untuk pemulihan yang masih mereka percayai, seperti yang dilaporkan oleh Roya News.
Putera Al-Waleed tidak sedarkan diri sejak 2005, selepas mengalami kecederaan otak dalam kemalangan kereta di London.
Menurut laporan itu, beliau diletakkan dengan mesin sokongan hayat sejak itu, dengan bergantung pada ventilator dan tiub penyusuan.
Keadaannya menunjukkan sedikit perubahan. Pada 2019, terdapat tanda-tanda ringkas tindak balas terhad apabila jarinya bergerak, dan kepalanya beralih sedikit, tetapi tidak ada kemajuan yang didokumenkan sejak itu.
Pada masa ini, beliau dirawat di King Abdulaziz Medical City di Riyadh, di bawah jagaan sepenuh masa oleh pasukan perubatan.
Ibu bapanya, Putera Khaled Talal dan Puteri Reema Talal, terus berpegang teguh pada iman.
Walaupun dunia perubatan bercakap dalam nada berhati-hati, keluarga putera raja itu tidak pernah goyah.
Putera Khaled, dalam kenyataan sebelum ini, enggan menarik sokongan hidup terhadap anaknya itu.
Menurut laporan itu, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh keluarga itu tahun ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




