Puteri Harry, Meghan Markle belum mahu kongsi gambar anak kedua mereka –

Puteri Harry, Meghan Markle belum mahu kongsi gambar anak kedua mereka –

LONDON: Putera Harry dan Meghan Markle belum mahu berkongsi gambar anak kedua mereka yang baru dilahirkan.

Menurut penulis biografi mereka Omid Scobie, Duke dan Duchess of Sussex telah mengumumkan kelahiran anak perempuan mereka Lilibet “Lili” Diana Mountbatten-Windsor.

Meghan melahirkan anak keduanya itu di Hospital Santa Barbara pada Jumaat.

Mereka hanya mengumumkan kelahiran bayi itu dua hari kemudiannya iaitu pada Ahad.

Nama bayi perempuan yang diberikan oleh Duke dan Duchess of Sussex adalah sebagai  penghormatan kepada Ratu dan Puteri Diana.

Lilibet adalah nama panggilan keluarga untuk Ratu England, Queen Elizabeth.

Pasangan itu juga mengabadi nama mendiang ibu Harry, iaitu Lady Diana pada nama tengah bayi.

Pasangan itu merahsiakan kelahiran anak perempuan mereka selama dua hari sebelum mengumumkan berita itu.

Dan sekarang nampaknya satu dunia perlu menunggu untuk melihat  wajah bayi itu, kata Omid Scobie, pengarang Finding Freedom, sebuah biografi pasangan itu.

“Pasangan itu, yang tidak akan berkongsi foto pada masa ini, kini mereka bercuti,” tweetnya.

Sementara itu, telah diramalkan pasangan itu mungkin hanya akan mendedahkan wajah bayi mereka dalam tempoh dua minggu lagi.

Pada masa ini segala maklumat selain  nama bayi perempuan merea itu akan dijaga dengan keta supaya tidak bocor.

 

Scroll to Top