Puteri Sarah dapat anugerah khas ikon ibu tunggal

Puteri Sarah dapat anugerah khas ikon ibu tunggal

KUALA LUMPUR – Selebriti popular, Puteri Sarah Liyana mendapat pengiktirafan apabila diberikan anugerah khas pada Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana baru- baru ini.

Wanita berusia 38 tahun dipilih kerana menjadi ikon ibu tunggal yang memberi impak positif kepada masyarakat di luar sana di mana seorang wanita harus menjadi kuat untuk anak-anak.

Pengasas dan Pengarah MommyHanna, Hana Shahadan berkata, kandungan dihasilkan  ibu anak dua itu telah menjadi tular dengan mendapat jutaan tontonan malah banyak memberi impak baik daripada segi kekeluargaan.

“Puteri Sarah mengajar dan memberi nasihat bagaimana seorang ibu sangat menyayangi anak-anaknya apabila menyumbang kepada peningkatan tahap kredibiliti dan pengukuhan jenama syarikat.

“Kandungan viral dihasilkannya menyebabkan kami rasa tersentuh dan ingin memberikan anugerah khusus kepada mereka kerana membantu MommyHana daripada segi kandungan dan pemasaran,” katanya pada majlis itu.

Turut mendapat pengiktirafan sama ialah pelakon, Nad Zainal.

Nad Zainal turut mendapat anugerah khas.

Hana berkata, Nad Zainal menjadi pilihan kerana ibu anak tiga itu seorang pempengaruh yang membantu syarikat daripada segi kandungan yang meraih tontonan keseluruhan sebanyak 10 juta.

“Kandungan dihasilkan bersama suaminya, Ungku Ismail memberi impak positif kepada masyarakat bagaimana perlunya sentiasa bermaafan dan mudah memaafkan.

“Mereka menghasilkan kandungan yang memberi impak baik kepada masyarakat sebagai keluarga, malah sebagai suami isteri dan disebabkan itu Syarikat memberi satu penghargaan kepada mereka,” katanya pada majlis yang bertemakan Malam Pesona Klasik itu.

Hana berkata, majlis diadakan bagi menghargai semua individu yang terbabit secara langsung atau tidak dalam membantu jenama mereka hingga ke tahap sekarang. – MalaysiaGazette