Puteri Sarah Pilih Hidup Tenang, Tak Lagi Lantang Bersuara – “Dulu Saya Sendiri Perjuangkan Hak Wanita”

Puteri Sarah Pilih Hidup Tenang, Tak Lagi Lantang Bersuara – “Dulu Saya Sendiri Perjuangkan Hak Wanita”

Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengakui dia kini lebih memilih untuk memberikan fokus kepada ketenangan dan kehidupannya.

Katanya, isu lantang atau tidak, dia kini mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati memberikan komen dan pendapat mengenai isu tular kerana takut timbulnya salah faham.

“Sekarang ini, rasanya nak kurangkan sikit. Sekarang saya memilih ketenangan, saya memilih untuk fokus pada kehidupan.

“Dulu lantang sebab ada isu, salah satunya isu saya sendiri yang memperjuangkan hak wanita, dan ada kaitan dengan kawan-kawan juga,” katanya.

Mengulas lanjut, dia yang kini sibuk berulang alik dari Malaysia ke Jakarta atas tujuan perniagaan berharap dapat mengembangkan lagi karier seninya dan tidak hanya mahu dikenali kerana kontroversi.

“Kalau boleh tak nak nama terpalit lagi kontroversi kerana saya nak orang cakap bukan sekadar lakonan bagus, bisnes dan produk yang dikeluarkan juga bagus.

“Sebenarnya, ada baik dan buruk juga bila jadi tumpuan ramai sebab kalau kita banyak kontroversi, salah sikit je orang nampak, dan akan jadi besar.

“Jadi sekarang saya rasa lebih baik hidup dengan tenang,” jelasnya.

 

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top