Puteri Sarah terkedu, anak soal betul ke ayah dah kahwin lain?

Puteri Sarah terkedu, anak soal betul ke ayah dah kahwin lain?

Pelakon Puteri Sarah Liyana akui terkedu apabila mendengar soalan daripada anak sulungnya, Syaikhul Islam yang bertanya akan status bapa, Syamsul Yusof sama ada benar atau tidak sudah berkahwin lain.

Menerusi hantaran di Insta Story, Syaikhul menyoal aktres berusia 38 tahun itu berikutan ayahnya sudah lama tidak pulang ke rumah mereka.

“Baru balik daripada photoshoot. Sampai rumah, Syaikhul tanya saya, ‘Mama, betul ke ayah kahwin lain?
“Sebab tu ke ayah dah lama tak balik rumah? Kenapa ayah ada orang lain?”kongsinya.

Tambahnya pelakon drama Andai Itu Takdirnya, dia  tidak tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan Syaikhul yang baru sahaja berusia enam tahun.

Dalam hantaran yang sama juga, Puteri Sarah juga turut memberi nasihat kepada lelaki di luar sana supaya berfikir semula kesan dan akibat sekiranya mahu hidup berpoligami.

“Lelaki-lelaki di luar sana, sebelum nak perjuangkan konon poligami itu sunnah, belajar balik agama Islam ya. Dan, fikir apa akibatnya,”tulis Puteri Sarah.

Terdahulu, pengarah sensasi Syamsul Yusof membuat kejutan dengan membuat pengakuan secara terbuka bahawa dia sudah berkahwin seorang lagi dengan anak pelakon senior, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar di Thailand.

Susulan daripada pendedahan itu, Puteri Sarah tekad memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu dan Mahkamah Syariah menetapkan 7 Mac sebagai hari sebutan tarikh.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014. Perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah,3.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana