
Aksi Dynamites (jersi hijau) ketika menentang Wildcats dalam saingan liga NSL 2023 pertengahan bulan ini. – Foto Facebook NSL
PUTRAJAYA Dynamites memasang impian besar untuk berada di pentas final menjelang aksi separuh akhir Liga Super Bola Jaring (NSL) 2023 menentang KL Wildcats di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Sabtu.
Pendatang baharu itu juga bertekad untuk menebus kekalahan ke atas finalis edisi lalu tersebut setelah tewas tipis 53-54 pada pertemuan 14 Oktober lalu.
Pengurusnya Nurul Izatulakmar Ishak berkata, Dynamites enggan memikirkan status Wildcats dan optimis skuadnya mampu melakar kejutan menerusi kemantapan barisan pemain yang berpengalaman.
“Tidak gentar dengan status lawan. Kami hanya mahu fokus kepada permainan dan buat yang terbaik untuk menang perlawanan tersebut.



