Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadeejah El Zahra berkata permintaannya untuk memiliki jam tangan mewah bukan sekadar berfesyen tetapi pelaburan jangka panjang.
Memetik Astro Gempak, Qadejah berkata baginya jam tersebut tidak dilihat sebagai aksesori sahaja tetapi satu aset yang akan naik harga di masa akan datang.
BACA: “Tak Mampu Beli, Tapi Anak-Anak Kekuatan Saya” – Aliff Syukri Enggan Dedah Harga Jam Qadejah
“Sebenarnya tiada sebab khusus. Saya cuma lihat ramai orang buat konten minta hadiah daripada abang atau ahli keluarga.
“Jadi saya pun cuba, mana tahu dapat. Bagi saya, Cartier ni, setiap tahun atau lima hingga tujuh bulan pun harga boleh naik. Jadi kenapa tidak beli? Saya rasa jam seperti ini bukan sekadar aksesori, tapi satu aset,” katanya.
Sementara itu, Qadejah berkata meskipun ramai yang melihat gaya hidup mewah sebagai ‘high maintenance’, namun baginya tidak salah jika seseorang itu menghargai diri sendiri.
“High maintenance itu bukan sesuatu yang memalukan. Ia menunjukkan kita tahu nilai diri kita. Kalau kita mampu, apa salahnya?
“Apa yang penting, kita tahu apa yang kita buat. Dan kalau ia boleh beri inspirasi kepada orang lain untuk lebih menghargai diri, kenapa tidak?” katanya.
Sebelum ini, Aliff mengakui dia tidak mampu untuk membeli jam tangan berkenaan namun baginya anak-anak adalah kekuatan untuk dia terus bekerja keras.
Sumber: Astro Gempak