Semalam kerajaan Qatar telah menggantung peranannya sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata dan pembebasan tebusan antara Israel dan Palestin.
BACA: Terkini: Empat Anggota MALBATT Cedera Akibat Serangan Israel Di Lubnan
Bukan berhenti, hanya menggantung seketika

Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Dr. Majed Mohammed Al Ansari menjelaskan bahawa usaha kini hanya tergendala buat sementara waktu.
Peranan ini akan disambung semula apabila pihak-pihak (Israel dan Palestin) yang terlibat menunjukkan kesediaan dan kesungguhan untuk menamatkan perang serta menghentikan penderitaan terhadap orang awam-Katanya

Negara tersebut juga tegas bahawa mereka sedia dan komited untuk memimpin usaha menamatkan perang dan memastikan pembebasan tawanan.
Dalam pada itu, Dr Al Ansari menafikan penutupan pejabat Hamas di Doha. Beliau berkata tujuan utama pejabat itu sangat penting adalah sebagai saluran komunikasi antara pihak berkaitan.





