Pelakon Qi Razali berkongsikan berita gembira isterinya Wardah Hayati kini sedang berbadan dua dan usia kandungan sudah mencecah lima bulan.
Memetik mStar Online, pelakon berusia 48 tahun itu berkata anak sulung mereka dijangka bakal dilahirkan pada Mac tahun hadapan.
Sementara itu, Qi menyifatkan 2025 adalah tahun yang baik buat dirinya ditambah bakal bergelar bapa serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik.
“Tahun ini sangat baik buat saya kerana mendirikan rumah tangga dan menang anugerah pelakon terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) dan bakal menjadi bapa pula nanti.
“Sudah masuk lima bulan lebih dan ini merupakan kali pertama saya dedahkan sebab sebelum ini semua hanya teka-teka tapi saya tidak kongsikan.
“Kemungkinan akan melahirkan anak pertama ini pada penghujung Mac nanti, minta semua doakan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.
Berkongsi lanjut, Qi meluahkan rasa syukur isterinya tidak mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan serta berkongsikan isterinya ada meminta makan pancake ketika waktu malam.
“Alhamdulilah keadaan isteri sangat baik tapi banyak penat sikit cuma ada la sikit-sikit isteri minta nak makan pancake dan minta pegang baju saya,” katanya.
Sumber: mStar Online




