Qistina Raisah ada 13 bekas kekasih, terharu baru kali pertama terima kejutan bunga

Qistina Raisah ada 13 bekas kekasih, terharu baru kali pertama terima kejutan bunga

Pelakon Qistina Raisah menjadi perhatian ramai setelah menerima sejambak bunga mawar merah daripada teman lelakinya.

Ada 13 bekas kekasih

Ada 13 bekas kekasih qistina

Menerusi hantaran di TikTok, Qistina atau nama lengkapnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri dilihat menitiskan air mata sambil memegang sejambak jambangan bunga kejutan daripada kekasihnya.

Walaubagaimanapun, pengakuan pelakon itu mengejutkan ramai pihak setelah mendedahkan dia telah menjalin cinta dengan ramai lelaki biarpun baru sahaja berusia 17 tahun.

“Saya ada 13 bekas kekasih, ini pertama kali saya dapat macam ini,” kata Qistina di TikTok, pada Khamis.

Perkara itu, dikongsikan sendiri Qistina sebagai balasan komen buat salah seorang peminatnya yang dipercayai cemburu akan kecantikan pelakon remaja itu yang diberikan layanan baik oleh buah hatinya.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya meluahkan rasa iri hati melihat kebahagiaan pelakon itu dan menadakwa layanan istimewa diperolehnya hanya disebabkan kerana memiliki rupa paras yang jelita sahaja.

Malah ada juga warganet yang meluah rasa sebak kerana tidak pernah berasa dihargai oleh teman lelaki sendiri dan berharap diberikan pasangan hidup yang tepat suatu hari nanti.

Kene cantik baru dapat

Ada 13 bekas kekasih

Seronok dihargai

Belum jumpa yang tepat

Artikel lain: Qistina Raisah beli Toyota Yaris, syukur usia 16 tahun boleh bayar kereta sendiri

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima 1.2 juta tontonan dan meraih lebih 143,000 tanda suka.

Sumber: TikTok Qistina Raisah

Scroll to Top