Qistina Raisah Perjelas Menangis Bukan Sebab Terima Sejambak Bunga – “Ini Bukan Pasal Duit, Tapi Usaha”

Qistina Raisah Perjelas Menangis Bukan Sebab Terima Sejambak Bunga – “Ini Bukan Pasal Duit, Tapi Usaha”

“Dua minggu saya tengking dia, saya maki dia, saya ignore dia, saya rasa serba salah sangat” itu kata pelakon Qistina Raisah selepas videonya menangis menerima sejambak bunga tular baru-baru ini.

Kata Qistina atau nama lengkapnya, Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri, 17, dia menangis bukanlah disebabkan menerima sejambak bunga tetapi, usaha yang ditunjukkan kekasih hatinya, Afiq Rosli.

“Kisahnya saya marah sangat dekat dia hampir dua minggu gaduh.

“Jadi,  dia suprisedkan saya datang dari Johor Bahru pun masa tu saya buat tak tahu sahaja.

“Take note okay jantan-jantan di luar sana bunga tak kisah walaupun sekuntum.

“Apa yang nangis, lepas tengok dalam surat ni saya rasa serba salah sangat. Dua minggu saya tengking dia, saya maki dia, saya ignore dia.

“Dalam tu ada gambar kami baru kenal, bawah payung macam dalam k-drama. Gambar ni banyak sangat kenangan. Tak sangka dah dekat nak setahun dah gambar tu.

“Ini bukan pasal duit. tapi usaha. Ada duit tak ada usaha tak jadi juga benda ni.

“Terima kasih Afiq sabar dan hargai saya dari jauh datang drive sorang-sorang walaupun banyak kerja.

“Terima kasih sebab kenal diri saya. Tahu saya suka apa, makan apa semua. Saya hargai sangat,” katanya.

Terdahulu, Qistina menyorot perhatian ramai apabila memuat naik sepotong video pendek menerusi laman sosial miliknya.

Menerusi perkongsian video berdurasi 14 saat itu, Qistina kelihatan sebak apabila menerima sejambak bunga ros berwarna merah kejutan dari Afiq.

Malah, aktres ini juga secara terbuka mendedahkan, sebelum ini dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan ramai lelaki namun,  ini adalah kali pertama dia menerima layanan sedemikian.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Qistina Raisah Sebak Terima Bunga Pertama Dari Kekasih, Dedah Pernah Dikecewakan 13 Lelaki

Scroll to Top