Qistina Raisah ulas sebab menangis terima bunga – “Ada duit tiada usaha tak jadi juga”

Qistina Raisah ulas sebab menangis terima bunga – “Ada duit tiada usaha tak jadi juga”

Pelakon Qistina Raisah tampil membuka mulut menjelaskan situasi sebenar dirinya mengalirkan air mata ketika mendapat kejutan bunga daripada teman lelakinya, Afiq Rosli.

Nangis kerana usaha teman lelaki

Menerusi hantaran di TikTok, Qistina atau nama lengkapnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri, 17, memberitahu dia berasa terharu melihat usaha yang ditunjukkan oleh kekasihnya setelah hubungan percintaan mereka sedikit goyah akibat pergaduhan besar.

“Apa yang sampai nangis ni, ada duit ke dalam tu? Lepas tengok dalam ini (sampul) saya rasa serba salah sangat.
“Dua minggu saya tengking dia, saya maki dia  sampai satu tahap saya tak ambil peduli langsung tentang dia. Dalam tu ada gambar kami baru kenal bawah payung macam drama korea,” kata Qistina di TikTok, semalam.

Nangis kerana usaha teman lelaki QISTINA RAISAH

Dalam pada itu, Qistina juga sempat memberitahu gambar itu memberi banyak memori buat mereka dan tidak menyangka hubungan yang dibina mampu bertahan sehingga kini.

“Kami kenal kat food festival, dua-dua meniaga. Tak sangka pun boleh lekat dengan budak afro ni. Gambar ini memang banyak kenangan, tak sangka dah nak hampir setahun gambar tu,” jelasnya.

Nangis kerana usaha teman lelaki

Susulan itu, Qistina berkata hubungan yang dibina bukan atas dasar wang ringgit tetapi usaha yang ditunjukkan oleh pasangannya yang benar-benar menghargai antara satu sama lain.

“Ini bukan pasal duit, tapi effort. Ada duit tapi tiada effort tak jadi juga benda ni.
“Terima kasih Afiq sabar dan hargai saya dari jauh datang drive sendirian dalam banyak kerja. Terima kasih sebab kenal diri saya, tahu apa saya suka, apa yang saya suka makan dan semua sangat saya hargai,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Qistina Raisah ada 13 bekas kekasih, terharu baru kali pertama terima kejutan bunga

Terdahulu, pelakon remaja itu membuat pendedahan mempunyai 13 bekas kekasih ketika baru berusia 17 tahun setelah perkongsiannya menangis menerima sejambak bunga mawar merah buat kali pertama daripada teman lelakinya tular di media sosial.

Sumber: TikTok Qistina Raisah

Scroll to Top