Pelakon Que Haidar berkata hubungannya dengan selebriti popular, Nur Fazura sekadar rakan lama yang sudah lama tidak bertemu.
Memetik Utusan, Que berkata dia mengakui rasa segan setiap kali bertemu Fazura kerana dia sudah lama menjauhkan diri daripada industri hiburan.
BACA: “Dari Fasa Penuh Kesedihan” – Peminat Sebak Lihat Fazura Kecapi Rasa Bahagia
“Memang kami bersahabat. Fazura ialah sahabat lama yang sudah lama tidak berjumpa dan kami memasuki industri ini dalam tempoh yang lebih kurang sama.
“Bila jumpa semula, mestilah ada rasa malu-malu. Maklumlah saya sudah lama meninggalkan industri. Kadang-kadang saya terfikir juga, ‘wow, besarnya nama awak sekarang’, sedangkan saya rasa nama saya kecil sahaja,” katanya.
Sementara itu, Que berkata dia memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif apabila ada peminat yang seakan memberi restu sekiranya hubungan mereka.
Tambahnya lagi, selagi gurauan itu mampu menceriakan orang ramai, dia tidak kisah untuk melayan telatah peminat.
“Kalau orang gembira, Alhamdulillah. Kalau perkara ‘kenen-kenen’ ini buat orang gembira atau boleh hilangkan keresahan mereka, saya okey sahaja.
“Kita tidak perlu fikir terlalu berat. Kalau saya beratkan, ia jadi berat. Kalau saya ringankan, ia jadi ringan. Jadi saya layan sahaja,” katanya.
Sumber: Utusan Online




