Oh! Artis
Que Haidar koyak selepas isu perceraian dibangkitkan semula, rakan dedah keadaan sebenar pelakon itu.
Isu melibatkan pelakon, Que Haidar kembali hangat diperkatakan walaupun sudah hampir setahun berlalu sejak perceraian dengan bekas isterinya, Linda Jasmine.
Terbaru, rakan rapatnya, Kodi Rasheed tampil berkongsi keadaan sebenar pelakon itu selepas mereka bertemu dan berbual panjang. Menurutnya, Que sebenarnya terkesan dengan situasi yang tiba-tiba kembali menjadi bualan.
Que Haidar ‘koyak’ dan sedih

Kodi mengakui dia sendiri nampak perubahan pada Que yang kelihatan sedih dan terkesan dengan apa yang berlaku. Walaupun begitu, Que masih cuba berfikiran positif dan tidak menyalahkan sesiapa.
Saya berjumpa dan berbual panjang dengan dia semalam. Saya nampak dia sedih. Memang ‘koyak’.- Katanya.
Menurut Kodi, perkara yang paling dihormatinya adalah sikap Que yang tidak langsung bercakap buruk mengenai bekas isterinya walaupun sedang diuji.
Tetap hormat bekas isteri dan keluarga beri sokongan

Dalam masa sama, Que juga masih menghormati Linda sebagai ibu kepada anak-anaknya dan menganggap apa yang berlaku sebagai satu dugaan hidup.
Kodi turut berkongsi bahawa keluarga banyak memberi sokongan kepada Que dan menasihatinya supaya terus fokus pada kerja bagi mengelakkan diri daripada terlalu memikirkan perkara negatif.
Dia kata tidak apa, mungkin ini dugaannya. Dia juga hormat Linda sebagai ibu kepada anak-anaknya.- Katanya.
Kedua-dua pihak dipercayai tertekan

Bukan itu sahaja, Kodi juga percaya bukan Que sahaja yang terkesan, malah Linda juga mungkin sedang melalui tekanan yang sama akibat komen netizen.
Menurutnya, situasi ini bukan mudah untuk mana-mana pihak dan dia berharap kedua-duanya dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang tanpa membuka aib masing-masing.
Mengimbas kembali hubungan mereka, Kodi mengakui terkejut dengan perpisahan pasangan itu kerana sebelum ini mereka dilihat sangat loving dan sweet.
Namun, dia berpendapat hanya Que dan Linda sahaja yang tahu apa sebenarnya berlaku dalam rumah tangga mereka.
Pssttt! Kadang-kadang bila isu lama dibuka semula, memang boleh bagi kesan besar pada emosi seseorang. Korang sebagai netizen, cuba la jaga kata-kata dan jangan cepat menghukum. Biarlah mereka selesaikan hal sendiri, kita doakan yang baik-baik je.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




