Radin Jawab Isu Terlalu Santai Dalam Majlis Fattah Dan Amira

Radin Jawab Isu Terlalu Santai Dalam Majlis Fattah Dan Amira

Oh! Artis

Radin jawab isu gaya santai acarakan majlis kahwin Fattah Amin dan Amira Othman, jelaskan ia ikut permintaan.


Penyampai radio Era FM, Radin Amir Affendy Ahmad Aruani akhirnya buka mulut selepas ada yang mengkritik cara dia mengacarakan majlis pernikahan Fattah Amin dan Amira Othman.

Ramai netizen kata Radin nampak terlalu santai, tapi rupa-rupanya gaya itu memang diminta sendiri oleh pasangan pengantin.

Radin jelaskan gaya santai ikut permintaan pengantin…

Fatima

Radin, 35, menjelaskan dia hanya ikut kehendak Fattah dan Amira yang nak majlis pernikahan mereka nampak lebih rileks dan tak terlalu formal. Katanya, itu memang suasana yang pasangan tu idamkan untuk hari bahagia mereka.

Berhubung teguran di media sosial tentang cara saya mengacarakan majlis, saya terima dengan hati terbuka dan anggap ia sebagai pembelajaran untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Secara jujurnya, saya hanya menjalankan tugas seperti yang diminta oleh pihak pengantin.- Jelas Radin.

Anggap teguran sebagai kasih sayang…

Walaupun dikritik, Radin tetap tenang dan menghargai setiap komen yang diberikan orang ramai. Bagi dia, setiap nasihat adalah tanda orang ambil berat terhadap kerjayanya.

Apa saja nasihat, saya anggap sebagai teguran yang membina. Ia satu bentuk kasih sayang dan tanda ambil berat.

Semoga kita semua jadi lebih baik dengan segala teguran yang beradab.- Tambahnya lagi.

Radin turut menitipkan ucapan tahniah buat pasangan pengantin baru itu dan berterima kasih kerana mempercayainya untuk mengacarakan majlis penting mereka.

Untuk rekod, Fattah Amin dan Amira Othman sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sekitar jam 9.08 malam, disempurnakan oleh Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Pssttt! Kadang-kadang apa yang korang nampak dari luar tak sama dengan cerita sebenar. Dalam kes Radin ni, gaya santainya bukan sebab tak serius, tapi sebab memenuhi permintaan pengantin. Jadi kalau nak menegur pun biarlah dengan cara beradab, sebab teguran yang baik boleh jadi ilmu, tapi teguran kasar hanya tambah luka.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top