Radin Kendalikan Majlis Nikah Ikut Kehendak Pengantin

Radin Kendalikan Majlis Nikah Ikut Kehendak Pengantin

Mengendalikan majlis pernikahan pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman, penyampai radio Radin dikecam apabila tidak formal.

Memetik mStar Online, Radin berkata dia mengendalikan majlis mengikut permintaan pengantin yang mahukan suasana yang lebih santai.

BACA: Radin Ulas Hubungan Ayda Jebat & Redza Rosli

“Saya hanya jalankan tugasan seperti yang diminta oleh pihak pegantin iaitu mengemudi dengan santai dan tidak formal.

“Acara pernikahan itu merupakan hari penting buat pasangan pengantin dan keluarga jadi semua dikendalikan mengikut kehendak pengantin dan seperti yang dirancang,” katanya.

Menurut Radin, dia sedar dengan kecaman tersebut namun menerima teguran dengan hati terbuka dan akan menambah baik di masa akan datang.

“Saya terima dan ambil sebagai satu pembelajaran untuk penambahbaikan dan ilmu pada masa akan datang. Saya anggap segala kritikan dan nasihat kepada saya adalah teguran membina,” katanya.

Sebelum ini, Radin teruk dikecam kerana dianggap tidak profesional ketika mengendalikan majlis pernikahan pasangan tersebut.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top