Rafizi nafi terima sogokan RM9.5 juta daripada Victor Chin

Rafizi nafi terima sogokan RM9.5 juta daripada Victor Chin

Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, menafikan dakwaan bahawa beliau menerima RM9.5 juta daripada ahli perniagaan, Victor Chin.

Nafi terima sogokan

Rafizi nafi terima sogokan RM9.5 juta daripada Victor Chin

Rafizi, yang juga Ahli Parlimen Pandan, membuat penafian itu susulan pendedahan serta ancaman Victor Chin untuk mendedahkan identiti individu berkenaan sekiranya wang tersebut tidak dikembalikan kepadanya.

“Bukan saya. Kecoh pasal Ahli Parlimen PKR terima RM9.5 juta dari Victor Chin. Terima lemak di perut bahana raya, ya. Terima RM9.5 juta, tidak,” tulisnya di Facebook, hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa isu ini boleh menjadi bahaya jika pihak berkuasa mengetahui tetapi tidak mengambil sebarang tindakan sewajarnya.

“Pada tahap ini, ia bukan lagi soal menutup mata. Ia sudah masuk ke tahap persengkongkolan. Sebab itu apabila Victor Chin menyarankan supaya siasatan tidak tertumpu kepada dirinya sahaja, tetapi turut membabitkan pihak lain termasuk yang didakwa menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) untuk menekan, perkara ini tidak boleh dipandang ringan,” katanya.

Bekas Menteri Ekonomi itu turut menegaskan bahawa dakwaan ini bukan perkara remeh kerana melibatkan kegiatan haram dengan jumlah yang sangat besar.

“Ia adalah dakwaan bahawa ada pihak dalam sistem yang sepatutnya membanteras jenayah, tetapi didakwa menjadi sebahagian daripada ekosistem. Apabila nilai kegiatan haram mencecah puluhan bilion, perlindungan kecil tidak lagi mencukupi.
“Mereka memerlukan pengaruh, kedudukan dan individu yang mampu membuka jalan. Di sinilah politik mula terbabit,” ujarnya.

Katanya lagi, dia menambah bahawa isu ini melibatkan lebih daripada satu atau dua individu.

“Ini tentang bagaimana wang haram, penguatkuasaan, dan politik boleh bercampur dalam sistem yang sama. Apabila itu berlaku, negara menjadi terlalu mudah dikompromikan,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Pengasas PKR dakwa Rafizi Ramli menteri paling gagal -“Formula beliau buat hanya sembang sahaja”

Sebelum ini, Victor mendakwa bahawa seorang Ahli Parlimen PKR telah meminta RM10 juta bagi menyelesaikan isu berkaitan mafia korporat, namun beliau hanya mampu menyediakan RM9.5 juta pada peringkat awal.

Dakwaan itu dikemukakan dalam dokumen setebal 40 muka surat. Menurutnya, baki RM500,000 tidak pernah diserahkan kerana isu berkenaan tidak diselesaikan seperti dijanjikan.

Sumber: Facebook Rafizi Ramli

Scroll to Top