Rafizi Ramli Tekad Pertahan Pandan Walaupun Bukan Bersama PKR

Rafizi Ramli Tekad Pertahan Pandan Walaupun Bukan Bersama PKR

Oh! Negara

Rafizi Ramli PRU16 sah akan pertahan Pandan tetapi memberi bayangan tidak bertanding atas tiket PKR.


Pilihan Raya Umum ke-16 nampaknya bakal menyaksikan kejutan besar, khususnya di kerusi Pandan. Ahli Parlimennya, Datuk Seri Rafizi Ramli mengesahkan beliau tetap akan mempertahankan kerusi tersebut walaupun situasi politiknya kini sudah berubah.

Apa yang lebih menarik, beliau memberi bayangan bahawa penyertaannya dalam PRU akan datang bukan lagi bersama PKR. Kenyataan ini sekali gus mencetuskan pelbagai persoalan tentang hala tuju politik Rafizi Ramli PRU16 nanti.

Rafizi Ramli sahkan tetap bertanding di Pandan

Pmx

Rafizi memaklumkan bahawa keputusan untuk terus bertanding di Pandan sudah dibuat. Namun, beliau memberi isyarat jelas bahawa platform yang akan digunakan bukan lagi daripada PKR.

Saya rasa saya tidak akan bertanding sebagai calon PKR. Saya tetap akan bertanding di Pandan, itu sudah saya putuskan. Bagaimana cara saya bertanding di Pandan, saya rasa itu rahsia.- Katanya.

Beliau menjangkakan persaingan di kerusi itu akan menjadi sengit. Walau begitu, fokusnya bukan sekadar soal kemenangan tetapi membawa politik progresif berbilang kaum serta perubahan kepada landskap politik negara.

Hubungan Rafizi Ramli dengan PKR semakin renggang

Rafizi Ramli

Rafizi dilihat semakin menjauh daripada PKR selepas tewas dalam pemilihan parti tahun lalu. Kekalahan tersebut menyaksikan beliau kemudian menjadi antara pengkritik kuat terhadap kepimpinan parti.

Beliau turut menyatakan bahawa PKR bukan lagi “rumah” buat dirinya kerana parti itu sudah banyak berubah selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Menurutnya, hala tuju parti kini berbeza daripada apa yang diperjuangkannya dahulu.

Walaupun dilihat tidak lagi sehaluan, Rafizi menjelaskan beliau tidak meninggalkan parti buat masa ini kerana terikat dengan undang undang antilompat parti. Jika beliau keluar, kerusi itu boleh dikosongkan dan pengundi akan kehilangan wakil.

Dalam masa sama, beliau berpandangan tiada mana mana parti sedia ada benar benar sesuai untuk menerima pendekatan politik bebas dan tegas seperti yang dibawanya.

Tolak tubuh parti baharu bersama Khairy

Rafizi juga menolak kemungkinan menubuhkan parti bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Katanya, perbezaan gaya dan matlamat antara mereka terlalu besar.

Kalau letakkan kami dalam bilik yang sama, kami akan bergaduh pasal ke mana nak pergi.- Katanya.

Beliau percaya dirinya masih mampu memberi impak sama ada sebagai aktivis atau ahli pembangkang. Pendekatan itu berbeza dengan pandangan Khairy yang melihat perubahan lebih berkesan dicapai melalui kerajaan.

Pssttt! Ohmedia rasa politik sentiasa berubah ikut masa dan keadaan. Apa pun pilihan yang dibuat, harapnya semua pihak terus utamakan rakyat dan bukan sekadar perebutan kuasa semata mata.

Kredit: Malaysiakini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top