Oh! Negara
Rafizi Ramli terima surat tuntutan dari Farhash Wafa, tetap bertegas kenyataannya berasaskan fakta.
Bila cerita bab politik ni, memang tak pernah sunyi dari kontroversi. Terbaru, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli pula jadi perhatian bila beliau mengesahkan menerima surat tuntutan ‘cease and desist’ daripada bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Wira Farhash Wafa Salvador.
Isu ni timbul lepas kenyataan Rafizi sebelum ini didakwa mengaitkan Farhash dengan serangan terhadap anaknya baru-baru ni.
Rafizi Ramli tetap bertegas dengan kenyataan…

Walaupun surat tu bertarikh 22 Ogos lalu, Rafizi tetap berpegang pada kata-katanya. Tak tunggu lama, Rafizi juga memaklumkan beliau sudah pun melantik peguam, Razlan Hadri Zulkifli dari Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri untuk uruskan kes ini.
Saya bersedia mempertahankan fakta-fakta tersebut di mahkamah.- Tegasnya.
Di pihak lain, Farhash melalui firma guaman Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co menuntut Rafizi tarik balik tuduhan yang dibuat dalam video di laman Facebook rasminya.
Selain itu, kandungan video tu juga perlu dipadam dan permohonan maaf terbuka perlu dibuat dalam tempoh 48 jam. Surat tuntutan tu menyifatkan kenyataan Rafizi sebagai palsu, berunsur jahat dan mencemarkan reputasi Farhash, lebih-lebih lagi ketika siasatan polis masih berjalan.
Kes ini dianggap berkepentingan awam…

Peguam Farhash turut menegaskan tuduhan tu secara tak langsung menjejaskan nama baik anak guam mereka dan menimbulkan persepsi negatif seolah-olah beliau dalang insiden pada 13 Ogos lalu.
Namun begitu, Rafizi sekali lagi menegaskan jika saman difailkan, kes ini bukan sekadar hal peribadi tapi akan jadi isu berkepentingan awam. Malah katanya, ia boleh membuka peluang untuk pasukan guaman beliau mengemukakan pelbagai persoalan yang sebelum ni sering jadi tanda tanya masyarakat.
Pssttt! Bab saman-menyaman ni memang sensitif sebab libatkan maruah dan reputasi seseorang. Apa pun, korang kena ingat, sebelum kita sebarkan atau kaitkan seseorang dengan isu besar, pastikan fakta tu betul-betul sahih. Kalau tidak, silap hari bulan boleh makan diri.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!