Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli, tampil menegur tindakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengajak murid sekolah mengucapkan “Happy Birthday PMX, We Love You” kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Rafizi berkata, sekolah sepatutnya jadi tempat menimba ilmu dan membentuk sahsiah murid, bukannya medan untuk mesej politik.
“Sekolah tidak boleh dicampur aduk dengan politik”
Rafizi tegas dengan pendirian, murid sekolah tidak wajar dilibatkan dalam perkara sebegini. Jika mahu menunjukkan kesetiaan, memadai dengan ucapan daripada menteri itu sendiri tanpa melibatkan pelajar.
Tambah Rafizi lagi, tindakan ini dibimbangi akan ditiru oleh pemimpin akan datang untuk menunjukkan sokongan.
Jangan kita campur adukkan kehendak dan kemahuan kita dengan pendidikan kanak-kanak.
Beliau turut berkongsi pengalamannya sepanjang menjadi Ahli Parlimen Pandan, di mana beliau seboleh mungkin mengelakkan kehadiran ke sekolah.
Rafizi malu dengan tindakan Fadhlina

Jelas beliau, hanya sekali je beliau ke sekolah itu pun selepas dipujuk berkali-kali oleh guru besar. Jelasnya, ini kerana beliau mahu memastikan sekolah kekal bebas daripada unsur politik.
Rafizi turut mengakui rasa malu apabila perkara ini dilakukan oleh Menteri Pendidikan yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik.
Pssttt! Betul juga kata Rafizi tu kan? Risau pula kalau benda ini ditiru pihak lain.
Kredit: Facebook Rafizi Ramli
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.