KELANTAN kembali menempatkan diri dalam kelompok elit sukan ragbi negara apabila muncul juara Kategori Lelaki Terbuka Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah (7s) Kebangsaan 2025 selepas menewaskan Johor 17-12 dalam perlawanan akhir di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu.
Kejayaan itu menyaksikan Kelantan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, manakala Johor selaku naib juara menerima RM3,000.
Pengurus pasukan, Muhammad Aliff Haiqal Rosli menyifatkan kejayaan berkenaan sebagai hasil kerja keras seluruh pemain serta sokongan padu daripada persatuan dan pihak pengurusan.
âAlhamdulillah, apa yang kita sasarkan dan capai telah terlaksana. Terima kasih kepada semua pemain dan terima kasih juga kepada Persatuan Ragbi Kelantan. Ini kejayaan milik semua,â katanya.
Sementara itu, kapten pasukan Kelantan, Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi, tidak menyembunyikan rasa teruja apabila mengakui kemenangan tersebut cukup bermakna setelah sekian lama menanti.
âSeronok dan sangat teruja kerana sudah lama kami tidak merasai kejuaraan seperti ini. Saya rasa kali terakhir kami juara adalah pada tahun 2018. Ini satu kemenangan yang amat berharga.
âTerima kasih tidak terhingga kepada semua rakan sepasukan yang telah berjuang habis-habisan untuk merealisasikan impian kami serta Persatuan Ragbi Kelantan,â ujarnya.
Dalam kategori wanita, Selangor pula terus memperkukuh dominasi apabila merangkul dua kejuaraan menerusi Kategori Wanita Terbuka dan Wanita Bawah 21 Tahun (B-21), selepas masing-masing menewaskan Terengganu 29-0 dalam aksi final.
Ketua jurulatih Selangor, Mohamad Nazhiim Shahruddin menyifatkan kejayaan berganda tersebut sebagai hasil kerja keras, disiplin tinggi dan semangat juang luar biasa dalam kalangan pemain.

Selangor juara Kategori Wanita Terbuka Kejohanan Ragbi 7s Kebangsaan 2025. – Foto: Kesatuan Ragbi Malaysia
âAlhamdulillah atas kemenangan ini. Tahniah kepada semua pemain yang telah berkorban masa dan tenaga. Ini kejayaan berganda kerana kami membawa pulang pingat emas dalam dua kategori iaitu senior dan B-21,â katanya.
Kapten pasukan senior Selangor, Rozliana Mohd Ridwan turut melahirkan rasa bangga dan berpuas hati dengan prestasi pasukan yang mempamerkan semangat kesukanan tinggi sepanjang kejohanan.
âSaya amat berpuas hati dengan prestasi pasukan. Mereka menunjukkan semangat juang yang sangat tinggi dan bermain bersungguh-sungguh dari awal hingga akhir. Saya sangat bangga dengan mereka,â katanya.
Sementara itu, dalam Kategori Lelaki Bawah 21 Tahun, Johor tampil cemerlang apabila merangkul kejuaraan selepas menewaskan Selangor 15-10 dalam perlawanan sengit.
Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Amir Amri Mohamad turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu atas kerjasama dan komitmen penuh menjayakan kejohanan edisi kali ini.
KEPUTUSANÂ RAGBI 7S KEBANGSAAN
LELAKI TERBUKA
Juara: Kelantan (RM5,000)
Naib Juara: Johor (RM3,000)
Ketiga: Selangor (RM2,000)
Keempat: Terengganu (RM1,000)
Pemain Terbaik: Muhammad Zulhisham Rasli (RM300)
Â
WANITA TERBUKA
Juara: Selangor (RM3,000)
Naib Juara: Terengganu (RM2,000)
Ketiga: Perlis (RM1,000)
Keempat: Johor (RM750)
Pemain Terbaik: Dinah Syafiqah Sadali (RM200)
Â
LELAKI BAWAH 21 TAHUN
Juara: Johor (RM3,000)
Naib Juara: Selangor (RM2,000)
Ketiga: Kelantan (RM1,000)
Keempat: Kedah (RM750)
Pemain Terbaik: Luqmanul Haqim Ramli (RM200)
Â
WANITA BAWAH 21 TAHUN
Juara: Selangor (RM3,000)
Naib Juara: Terengganu (RM2,000)
Ketiga: Johor (RM1,000)
Keempat: Perak (RM750)
Pemain Terbaik: Noor Azzuwa Azhar (RM200)
Â
Â