Washington: Pemenang dua gelaran utama, Jon Rahm menarik diri dari menyertai Kejohanan Golf Berpasukan LIV kerana mengalami gejala selsema yang teruk dengan John Catlin dari Amerika menggantikan kapten Legion XIII dalam acara itu.
Rahm juara individu LIV Golf selepas menyertai siri yang disokong Arab Saudi itu bulan Disember lalu, membawa skuad itu ke separuh akhir menentang HyFlyers yang dipimpin Phil Mickelson.
“Jon mengalami simptom selesema yang teruk sejak beberapa hari lalu.
“Demi kepentingan dan yang terbaik pasukannya dan di bawah nasihat pakar perubatannya, dia menarik diri daripada beraksi hujung minggu ini.”
Catlin daripada kumpulan pemain simpanan LIV, menggantikan Rahm dalam perlawanan separuh akhir perseorangan menentang rakan senegara Cameron Tringale dari HyFlyers di Kelab Golf Maridoe di pinggir bandar Dallas.
Rahm yang berasal dari Sepanyol berusia 29 tahun itu muncul pemenang minggu lalu di Chicago untuk menjulang mahkota juara keseluruhan LIV individu.
Pemain Terbaik PGA 2021 itu merangkul gelaran utama pada Terbuka AS 2021 dan Masters 2023.
Catlin memenangi acara Jelajah Asia di Macau dan Riyadh awal tahun ini dan membuat lima penampilan sebagai pengganti dalam acara LIV sepanjang kempen 2024.
© New Straits Times Press (M) Bhd




