Penyanyi Rahmad Mega gagal menahan sebak selepas memaklumkan anak istimewanya, Nur Ara Elisya,15, telah meninggal dunia.
Menerusi perkongsian di media sosial, Rahmad atau nama penuhnya, Rahmad Tohak, 56, berkata, dia tidak dapat hadir kepada sebuah acara yang berlangsung di Kuching, Sarawak disebabkan perkhabaran sedih yang emnimpa keluarganya.
“Assalamualaikum untuk seluruh warga Betong, saya minta maaf tak dapat hadir untuk malam ini.
“Saya dah berada di Kuching untuk pergi ke lokasi. Tapi saya dapat berita anak saya baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir.
“Jadi saya terpaksa bergegas balik ke Semenanjung. Saya minta maaf warga Betong,” katanya.
Difahamkan arwah mengalami sindrom Prader-Willi iaitu penyakit yang jarang berlaku.
Dan, pada Februari lalu, Rahmad mendedahkan, Allahyarham Nur Ara Elisya yang juga anak istimewa (OKU) telah menjalani pembedahan tulang belakang yang membengkok 140 (darjah) di mana ia muncul ketika lahir serta menyebabkan beberapa masalah fizikal, mental dan tingkah laku di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM).
Memetik laporan Berita Harian, jenazah akan dibawa ke Desaku Apartment, Jalan Melati Indah 1, Taman Kemensah Height Kemensah dan selepas itu akan dibawa ke surau berdekatan.
Manakala, pengkebumian akan disempurnakan pada pagi ini.
Sekadar info, arwah Nur Ara Elisya adalah anak hasil perkongsian penyanyi itu dan juga pelakon, Ainina Ahmad B.
Sumber: TikTok, Berita Harian