Raja Pecut Asia Tenggara milik Dapbang

Raja Pecut Asia Tenggara milik Dapbang

KUALA LUMPUR – Soraoat Dapbang membuktikan dia sebagai Raja Pecut Asia Tenggara selepas menang acara 100 meter pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh hari ini.

Pelari yang meraih pingat perak di Sukan SEA Hanoi itu meraih emas dengan catatan 10.34 saat.

Pelari Singapura, Marc Brian Luiz kedua dengan masa 10.39s diikuti Muhammad Haiqal Hanafi yang meraih gangsa dengan catatan 10.45s.

Pada temasya 2021 di Vietnam, Dapbang menamatkan acara yang sama di belakang rakan senegara, Puripol Boonson. – MalaysiaGazette

Scroll to Top