Pelakon, penyampai radio, dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad, mendedahkan bahawa kunci untuk terus menambat hati isterinya, Zira Ayub, bukanlah dengan hadiah mewah atau kejutan romantis, tetapi dengan sikapnya yang rajin membantu melakukan kerja rumah.
Dalam sebuah video di sebuah stesen radio hiburan, Nabil atau nama penuhnya Ahmad Nabil Ahmad, 42, berkongsi bahawa isterinya lebih menghargai usaha kecil yang dilakukannya di rumah berbanding hadiah mahal.
“Apa yang boleh buat isteri aku teruja bukanlah membawa dia keluar makan malam atau membelikan barang mahal. Tidak.
“Sebaliknya, bila dia nampak aku lap kipas, bersihkan rumah, vacuum, itu yang buat dia rasa lebih sayang.
“Aku ada dua orang pembantu rumah, tapi bila dia tengok aku sendiri yang buat kerja rumah, itu sesuatu yang ‘wow’ baginya,” katanya.
Kenyataan Nabil itu mendapat sokongan ramai, terutama dalam kalangan isteri yang bersetuju bahawa lelaki yang ringan tulang dalam menguruskan rumah tangga adalah idaman setiap wanita.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang memahami serta bertanggungjawab dalam membantu isteri menguruskan rumah tangga.
@era.je Memang lelaki terakhir la @nabilzira @azadsyaziraroses ni 😂 Lap kipas pun boleh buat pasangan jatuh cinta tau!! Mana mana suami dah boleh dah start mengemas sekarang!! #ERARadioNo1PalingLegit #3PagiERA



