Rakam konten kuat2, netizen dakwa ‘influencer’ kerap buat bising di kafe

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan satu perkongsian yang dibuat pengguna Twitter apabila berasa kurang senang dengan cara seorang influencer memberikan motivasi kepada orang ramai dengan cara terjerit-jerit.

Perkara itu dilihat kurang sopan bahkan membuatkan orang lain berasa meluat memandangkan dia bercakap seperti tiada orang lain disekitarnya.

Disebabkan itu, ada seorang netizen yang mengatakan bahawa influencer itu kerap datang ke sebuah kafe dan merakam video untuk kontennya disana.

Dengan bersuara kuat dan acah-acah ‘savage’, influencer tersebut dikatakan menganggu ketenteraman awam yang berkunjung ke kafe berkenaan.

 

 

 

Tambah pengguna Twitter itu lagi, para pekerja di kafe tersebut juga berasa kurang selesa kerana dia dikatakan kerap berada di sana dan membuat bising hingga menggangu orang lain.

Ujarnya, influencer itu dipercayai datang bersama dua orang lagi kenalannya yang membantu merakam video ketika dia ingin membuat konten memberi motivasi kepada pengguna media sosial.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen yang merasakan hal sama kerana video motivasi influencer itu kurang sedap didengar berikutan tindakannya bercakap dengan nada kuat.

Ada juga mempersoalkan mengapa influencer terbabit membuat video di tempat umum seperti kafe kerana ia boleh menyebabkan para pengunjung berasa tidak selesa lebih-lebih lagi mendengar suaranya.

 

Sumber: Twitter 

Leave a Comment