Kita sering mendengar yang wanita ini diibaratkan sebagai perhiasan dunia. Jadi, lebih elok jika seorang wanita berperilaku cantik agar terlihat indah di mata setiap orang.
Namun begitu, menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang pengguna aplikasi tersebut teruk dikecam netizen kerana berperilaku kurang sopan lebih-lebih lagi video rakaman yang dimuat naik menjadi tatapan ramai.
Wanita tersebut dilihat dengan sengaja berlagak seperti ingin membuka jaket yang dipakai setelah ‘terpancing’ dengan komen negatif pengguna TikTok yang lain.
Walaupun hanya duduk dan beraksi di depan kamera seolah-olah memaklumkan tidak akan membuka jaket tersebut, ruangan komennya telah dipenuhi dengan kecaman netizen susulan berasa tidak selesa melihat penampilan wanita berkenaan.
Lebih ‘memberatkan’ lagi, dia juga bertudung labuh dan ia sedikit sebanyak dapat mengundang kata-kata kurang enak kepada wanita bertudung yang lain.
Diharap pengguna TikTok berkenaan dapat mengambil pengajaran berdasarkan teguran-teguran daripada netizen. Tak salah untuk berkongsi video tentang diri kepada orang ramai asalkan berperilaku sopan dan tidak mengundang kecaman netizen.
Sumber: TikTok @husnamendoza




