Rakaman audio bocor, Trump ancam bom Moscow

Rakaman audio bocor, Trump ancam bom Moscow
Trump (kanan) berang kerana Putin didakwa tidak serius untuk mencapai proses damai bersama Ukraine. Foto Agensi

Trump (kanan) berang kerana Putin didakwa tidak serius untuk mencapai proses damai bersama Ukraine. Foto Agensi

WASHINGTON – Imej Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebagai ‘pendamai global’ sedikit tercalar setelah kebocoran rakaman audio mengenai ugutannya mahu mengebom Rusia.

Ancaman tersebut dibuat ketika beliau dengan angkuh menyatakan Perang Moscow-Kiev tidak akan berlaku ketika penggal pentadbirannya kerana Trump pernah mengugut Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Kenyataan itu dibuat di hadapan kumpulan penderma di Florida dan New York pada 2024 ketika beliau menyatakan pendiriannya untuk bertanding semula bagi merebut jawatan di Rumah Putih.

Rakaman itu kemudiannya diperoleh wartawan Isaac Arnsdorf; Josh Dawsey, dan Tyler Pager yang memperincikan ugutan itu menerusi buku terbaharu mereka berjudul ‘2024’.

Trump yang gemar bercakap besar juga mendakwa beliau membuat ancaman serupa kepada Presiden China, Xi Jinping berhubung kemungkinan perang bersama Taiwan.

“Jinping fikir saya tidak waras ketika saya tegaskan AS tidak teragak-agak mengebom Beijing jika ia berperang dengan Taipei,” ujarnya.

Pembongkaran dasar luar Trump yang agresif itu dilakukan ketika hubungannya dengan Putin semakin keruh setelah pemimpin tersebut enggan tunduk dengan desakan AS supaya menamatkan peperangan dengan Ukraine. – Agensi

Scroll to Top