Oh! Tidak
Rakaman suara Zara Qairina sebelum meninggal dunia dedah ketakutannya terhadap pelajar senior.
Baru-baru ini, tular satu rakaman suara berdurasi 44 saat yang dipercayai milik Allahyarham Zara Qairina Mahathir, pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu.
Dalam rakaman tersebut, Zara meluahkan rasa takutnya terhadap seorang pelajar senior yang dikenali sebagai ‘Kak M’.
Mak, Zara takut terjumpa Kak M, dia masih lagi.- Kata suara remaja itu dalam rakaman tersebut yang dikatakan dirakam beberapa hari sebelum kejadian tragis menimpanya.
Rakaman ini turut memperlihatkan bagaimana Zara berdepan tekanan emosi apabila ‘Kak M’ dikatakan tidak memaafkannya walaupun Zara telah padam nama yang ditulis di bilik Rekabentuk dan Teknologi.
Zara Qairina pernah terima ugutan berdarah-darah…
Rakaman itu turut dedahkan ancaman serius yang pernah diterima Zara. Suara itu kedengaran berkata, “Kalau aku touch touch kau ni, berdarah-darah kau ni, kalau dia buat, apa jadi?”
Perkongsian rakaman ini mengejutkan ramai dan menimbulkan persoalan mengenai keselamatan pelajar-pelajar lain di sekolah terbabit.
Difahamkan, Zara ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama di Papar pada pagi 16 Julai sebelum meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Peguam sahkan suara Zara Qairina dan ibu dalam rakaman…
Menurut kenyataan yang dikeluarkan peguam keluarga, Ismail Hamid dan Shahlan Jufri pada 1 Ogos lalu, mereka mengesahkan suara dalam rakaman tersebut memang milik Zara dan ibunya, Noraidah Lamat.
Kenyataan itu juga menyebut bahawa satu laporan polis tambahan telah dibuat pada 30 Julai di Balai Polis Sipitang bagi menyokong siasatan lanjut berhubung kes ini.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail memaklumkan bahawa kertas siasatan penuh telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Pihak AGC turut mengesahkan menerima laporan siasatan awal dari dua peringkat iaitu dari Cawangan Sabah pada 3 Ogos dan Ibu Pejabat Putrajaya pada 4 Ogos.
Pssttt! Ohmedia sedih bila dengar suara akhir arwah Zara. Nampak jelas dia hidup dalam ketakutan, dan ini bukan benda main-main. Korang yang ada anak, adik, atau kenalan yang masih bersekolah, tolong selalu ambil tahu dan dengar keluhan mereka.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!