Oh! Tidak
Serangan peluru berpandu Tomahawk didakwa mengenai sekolah rendah di Iran hingga korbankan 175 orang termasuk kanak kanak.
Di saat mereka lahanat ni cuba nafikan, satu video baharu kini jadi perhatian dunia apabila ia didakwa jadi bukti peluru berpandu Tomahawk milik Amerika Syarikat menghentam sebuah sekolah rendah di Iran.
Menurut laporan New York Times, kejadian yang berlaku pada 28 Februari di bandar Minab itu dilaporkan mengorbankan 175 orang termasuk ramai kanak-kanak selepas kawasan berhampiran sekolah berkenaan diserang.
AS dakwa Iran sendiri yang buat kesilapan tapi rakaman video tunjuk sebaliknya

Video yang dimuat naik oleh Mehr News Agency dan disahkan New York Times menunjukkan peluru berpandu cruise Tomahawk mengenai sebuah pangkalan tentera laut berhampiran Sekolah Shajarah Tayyebeh.
Tentera Amerika Syarikat dikatakan satu satunya pihak dalam konflik tersebut yang menggunakan peluru berpandu Tomahawk.
Rakaman itu juga menjadi antara bukti yang dianalisis bersama imej satelit, hantaran media sosial dan beberapa video lain untuk meneliti punca sebenar kerosakan pada sekolah rendah berkenaan.
Sekolah rendah rosak teruk akibat serangan

Analisis New York Times mendapati bangunan Sekolah Rendah Shajarah Tayyebeh mengalami kerosakan teruk selepas serangan serentak ke atas pangkalan tentera laut berhampiran.
Ketika kamera dalam video dialihkan ke bahagian kanan, kepulan debu dan asap besar sudah kelihatan dari kawasan sekolah rendah itu yang menimbulkan kemungkinan sekolah tersebut diserang lebih awal.

Sebelum ini si lahanat, Donald Trump menafikan serangan itu dilakukan mereka dan mendakwa Iran yang bersalah. Pula…..
Tidak. Pada pendapat saya dan berdasarkan apa yang saya lihat, itu dilakukan oleh Iran. Mereka sangat tidak tepat, seperti yang anda tahu, dengan senjata mereka.- Katanya.
Dalam masa sama, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Pete Hegseth berkata pihak Pentagon sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai insiden tersebut.
Pssttt! Ohmedia harap konflik seperti ini tidak terus mengorbankan orang awam yang tidak bersalah. Dalam apa juga peperangan, keselamatan kanak-kanak dan masyarakat sepatutnya jadi keutamaan semua pihak.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!



